Background



TENTANG NYONYA & THE GANG / ABOUT NYONYA & THE GANG

NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir.
Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan.

NYONYA & The Gang is a performance which combines two difference stories. Nyonya is written by an Indonesian writer, Wisran Hadi and directed by the Dean of the Faculty of Theatre (ASWARA), Rosminah Mohd Tahir.
On the other hand, The Gang is a new script written and directed by Siti Rohayah Attan 


SEJARAH PEMENTASAN TEATER NYONYA / THE HISTORY OF NYONYA
NASKHAH teater Nyonya telah dipilih oleh CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk dipentaskan buat pertama kalinya di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur pada 7 – 11 Oktober 2004. Di bawah arahan Siti Rohayah Attan, karya penulis Indonesia, Wisran Hadi ini dilakonkan oleh Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, Melissa Saila, Rosman Ishak dan Ismaliza Ishak.
Kali ke-2, Nyonya arahan Siti Rohayah dipentaskan Ta­man Seni Budaya Seremban, Negeri Sembilan pada 10 - 12 Disember 2004 dengan dibarisi pelakon seperti Eyzendy Aziz, Tania Zainal, Khatijah Tan, Rozie Rashid, Ismaliza Ishak dan Rosman Ishak.
Teater ini sekali lagi dipentaskan bagi kali ke-3 pada 25 - 27 Mei 2007 di Taman Budaya Pumpong Alor Setar, Kedah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kedah dan KeKKWa. Kali ini ia diarah oleh Rosminah Mohd. Tahir dengan dibarisi pelakon Juhara Ayob, Katijah Tan, Zaifri Husin, Vanidah Imran, Tania Zalina Zainal dan Farah Adila Apandi.
Kali ke-4 teater ini dipentaskan oleh produksi yang sama pada 2008 di Lambang Sari, Istana Budaya. Diarahkan oleh Rosminah, yang terlibat ialah Juhara Ayob, Zaifri Husin, Melissa Saila, Khatijah Tan, Tania Zainal dan Yani Mae (dari Bandung, Indonesia).
Pementasan ke-5, Nyonya digabungkan dengan kisah Mak Dara. Teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah dipentaskan pada 6 - 12 Julai 2011 di MATIC, Kuala Lumpur. Pelakon yang terlibat ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Fara Fauzana, Norzizi Zulkifi dan Zaifri Husin. 

CTRA Production and the Malaysia Women Writers Association (PPWM) has chosen the script Nyonya to be staged for the first time on in Malaysia Tourism Centre (MTC), Kuala Lumpur from 7 - 11 October 2004. Directed by Siti Rohayah Attan, the script written by Indonesian Wisran Hadi was being performed by casts like Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, Melissa Saila, Rosman Ishak and Ismaliza Ishak.

Nyonya returned for the second time in Ta­man Seni Budaya Seremban, Negeri Sembilan from 10 - 12 December 2004 under the directorship of Siti Rohayah Attan. Among the casts were Eyzendy Aziz, Tania Zainal, Khatijah Tan, Rozie Rashid, Ismaliza Ishak and Rosman Ishak.
The theatre was being staged for the third time from 25 - 27 May 2007 in Taman Budaya Pumpong Alor Setar, Kedah funded by the State Government of Kedah and KeKKWa. It also introduced its new director, Rosminah Mohd Tahir and featured casts like Juhara Ayob, Katijah Tan, Zaifri Husin, Vanidah Imran, Tania Zalina Zainal and Farah Adila Apandi.
Due to overwhelming response, the theatre made a comeback for the 4th time by the same production team in 2008. Directed by Rosminah and performed by Juhara Ayob, Zaifri Husin, Melissa Saila, Khatijah Tan, Tania Zainal and Yani Mae (from Bandung, Indonesia), the theatre took Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur by storm.
Nyonya was staged for the 5th time with the combination of a new script, Mak Dara which entails the life of Ibu Halimah Shuib, the founder of Jamu Mak Dara S/B. Directed by Rosminah, the theatre met its fans in MaTiC, Kuala Lumpur from 6 - 12 July 2011. Among its casts were Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Fara Fauzana, Norzizi Zulkifi and Zaifri Husin.




SINOPSIS NYONYA / SYNOPSIS OF NYONYA
SKRIP Nyonya mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang hanya dipanggil sebagai Nyonya yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.
Setelah membeli ruang di perkarangan itu, Tuan terus datang dan mahu membeli marmar rumah Nyonya pula. Kemudian, mahu membeli set ruang tamu, diikuti set meja makan dan akhirnya mahu membeli tempat tidur Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya apatah lagi men­getahui suami Nyonya yang tua sedang terlantar di rumah sakit akibat kanser lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah dengan menyatakan lutut Nyonya akan membeng­kak dan berdarah sekiranya Nyonya terus berdiri, lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.
Dalam masa yang sama Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut.
Naskhah ini jika dilihat secara kasar merupakan antara karya yang bersifat humor dan emosi kerana penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka. Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir secara professional. 


NYONYA entails the life of a wealthy woman known as Nyonya who had to 'fight' with Tuan, an antique merchant who's full of tricks. She is visited by Tuan numerous time. It began with him sitting at the yard of Nyonya's house, but upon being lectured by Nyonya, he bought 1 meter sqft of the yard so that he can stand on it without being shoved away. 
After purchasing an area at her yard, Tuan came back to purchase her marble floors followed by her sofa set, dining table and even her bed.
He utilized various of tricks and plans to get close to Nyonya, furthermore, he knows that Nyonya's elderly husband is lying sick at the hospital due to tongue cancer. His final trick was to say that Nyonya's knees will swell and bleed if she continues standing and he wanted her to lay next to him on the bed he just bought.
At the same time, Nyonya is being pestered by her three grand niece who wanted to claim their share of their grandfather's fortune.
In whole, this is a humourous piece of work and yet, it managed to capture a lot of emotions in it. The dialogues are cynical and symbolic and it will surely leave the audience wanting for more. 



SINOPSIS THE GANG / SYNOPSIS OF THE GANG
THE GANG adalah satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha  berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements) juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan seks bebas.
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif.
Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.


THE GANG is a group of arts enthusiasts who promotes healthy living lifestyle and also to promote certain products that may benefit the audience. They are formed by a group of youngsters who can sing, act and dance, with the concept of an extra-turn in a modern Malay opera. 
They voice their concerns over Malaysians who practice unhealthy lifestyle which leads to obesity and various other illness, besides the 'stingy' attitude of not wanting to spend on beneficial health products or supplements.
At the same time, The Gang also encourages women to use only approved beauty products so that they don't endanger themselves.
The performance concept is based on musical and featured five songs composed by Datuk Suhaimi Mohd Zain and its lyrics written by Siti Rohayah Attan. They will be portray in various hilarious scenes such as retro, sports and even street dance.

2 comments:

  1. 2 in 1 yg akan membawa kelainan.......
    semoga keduanya memikat selera penonton.......

    ReplyDelete